Showing posts with label Projek_Anggun. Show all posts
Showing posts with label Projek_Anggun. Show all posts
Sunday, 11 December 2016
OH ANAK ! mummy pun nak bergaya juga .
Bismillah ..
Ya.. allah anak mummy ni kejap-kejap nak menyusu.
Kadang kala tu , time keluar bershopping di tengah orang ramai .. time tu la
baby menangis nak nenen.
Haaa... biasa berlaku kan kejadian macam ni..!
Ye la.. anak tu kan kecik lagi mana la dia tahu nak pilih masa
bila yang sesuai baru nak minta nenen, apa yang dia tahu..
bila perut lapar dia pun merengek la.. kalau lambat dia kuat kan sikit
sound tu.. hahaha
kelam kabut mummy cari tempat yang sesuai ye.
Tapi Alhamdulillah dalam negara kita ni .. di sediakan ruangan khas untuk ibu-ibu
menyusu kan bayi, salin pamper dan lain-lain .MUDAH KAN..!
Tapiii... walaupun tempat dah di sediakan .. ada segelintir umat yang bergelar suami
kadang-kala keluar masuk juga ke dalam 'RUANGAN ' khas ibu-ibu tu, so mau mummy
tak segan nak selak baju sebarangan .
Nah..!!!
Inilah penting mummy-mummy kena bijak pilih baju di kala mummy masih dalam
tempoh menyusukan bayi , Jangan lah mummy nak cantik bergaya tapi abaikan
bab menyusukan bayi mummy pula ye.
Banyak baju di pasaran sekarang ni yang di reka khas untuk memudahkan\
mummy di saat menyusukan bayi .
Ada yang berzip
Ada yang butang
Ada juga yang selak
Mummy .. pilih aje . Rekaan untuk pakaian ibu menyusu ni pun cantik-cantik semuanya
contoh seperti Jubah Arissa , Rekaan zip keemasan di bahagian dada nampak ekslusif
sangat , malah Jubah Arissa bukan hanya boleh di pakai untuk ibu menyusukan anak je,
Wanita yang tak menyusukan pun boleh ..
Tak susah pun nak bergaya sebenarnya..
Apa yang penting , mummy kena lah pandai pilih , design macam mana yang sesuai dengan
keadaan mummy ye.
So ummi harap, mummy semua dah dapat idea macam mana nak BERGAYA walaupun menyusukan
si kecik .
Selamat BERGAYA !
ikhlas :
ummi
Saturday, 12 November 2016
IDEA - mix & match JUBAH_ANGGUN
TAK DE IDEA MACAM MANA NAK GAYAKAN
JUBAH_ANGGUN ..?
JOM KITA SEGARKAN MINDA
DENGAN WARNA-WARNA MENARIK
INI.
- ummi kebaya -
Jika uolss pengemar warna biru...
Warna turquiose ini adalah salah satu
antara kumpulan warna biru yang memang
cantik dan menawan.
Kebiasaan kita akan pilih kasut warna hitam ,
sebagai penyelamat fashion ..
tapi .. untuk kali ini ...
apa kata jika kita cuba gayakan
kasut yang sedondon warnanya ..
lebih cantik jika warna kasut sedikit gelap .
Jika uolss muslimah yang bertudung... pilih la tudung yang bercorak
untuk penyeri kepada JUBAH_ANGGUN yang plain .
Tas tangan juga memainkan peranan
dalam penyedap mata gaya ..
Jangan tersalah pilih tas tangan .. kerana ia juga
bakal menjadi kan gaya uolss bercelaru.
Tips :
Jika uolss bertubuh agak berisi (gempal)
jangan sesekali
uolss pakai Tas tangan yang besar ..
alasan... senang sumbat segala barang anak !
oh.. tidak !
sila buang alasan uolss tu jika uolss
nak cantik.
Tas tangan Mahal atau murah bukan lah
penyebab seri atau tidak penampilan kita
tapi.. sesuai atau tidak ia dengan saiz badan kita
serta ke Majlis apa yang kita hadiri.. amat
penting kita ambil kira ye .
ok la .. ummi tak mau
sembang panjang-panjang
uolss cuba dulu tips yang ini..
bai..bai..
"ANGGUN BERGAYA
SOPAN DI MATA "
Subscribe to:
Posts (Atom)
