Friday, 9 June 2017

Kuih Kiswi pemanis mulut berbuka puasa

Hari ni ummi nak share resepi mudah , cepat , inshaAllah sedap untuk berbuka
puasa nanti. 😉

Rasanya ramai yang suka makan
kuih kiswi kan.. ummi pun suka juga .

Jom kita tengok resepinya.

eh.. sebelum tu ummi nak bagi credit 💓
pada 'blog Azie kitchen ' sebab sukatan untuk kuih kiswi ni ummi memang ikut dan buat cara Azie kitchen.. (terima kasih tuan tanah.. minta di halalkan ye)

KUIH KISWI

Bahan bahan: 

2 cawan tepung gandum

1 cawan tepung ubi

2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana

1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar

7 cawan air

1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:

Kelapa parut muda

Sedikit garam

CARA-CARA

1.Ummi ayak dulu tepung gandum + tepung ubi ..ketepikan sekejap 🌼

2.Rebus air (7cawan td tu) serta masukkan gula putih + gula melaka
biarkan mengelegak .
(biarkan suam kuku)

3.kemudian satukan air + tepung tadi.. kacau hingga sebati..(ummi bland je 😁)

4.setelah dah sebati  tak de ketul²... masukkan air kapur yg dh di campur air (atas tu ye)

5.Dah settle bahagian membuat adunan..
tuang kan adunan kedalam loyang atau apa² bekas yang sesuai untuk mengukus .

**adunan tu boleh di tuang ke dlm bekas yg bermuncung.. utk mudahkan sesi menuang adunan.. kalau guna blander .. terus tuang dari blander pun ok.

** jangan tuang adunan tu penuh sangat ye... bagi sedikit ruang untuk kuih tu naik .

6.Kukus selama 45 min- 1 jam.

ok selamat mencuba

Thursday, 1 June 2017

Berkebaya Sedondon

wahhh..

cantik nya berkebaya sedondon dengan si kecil di pagi raya,

Bukan mama aje yang nak cantik tau,
si comel pun dan mula pandai nak tiru gaya mamanya tu.

Apa yang mama pakai, si kecil pun nak pakai sama .

Apa kata tahun ni berkebaya sedondon dengan si comel anda,

Bestnya kan ada anak perempuan .. (love..love..love..)




Banyak lagi warna pilihan tau..
Jom singgah ke FB : www.facebook.com/aunialyaboutique
dan Instagram : Aunialya.Boutique 



Friday, 3 March 2017

puding biskut mudah dan sedap

bahan² :

20 kpg biskut cream cracker

3sudu penuh susu pekat (ni kalau susu yg dari peti ais)  atau suku cawan je .. nk manis lebih kan sikit

3 biji telur

milo/coco

cara :

rendam biskut dgn air suam smp kembang (toskan)

semantara tu blh panas kan pengukus

➡ blend biskut, telur & susu

kemudian bahagikan kpd 2 acuan

1 - original
1 lagi campurkan dgn milo/coco

masukkan dlm loyang/acuan
(satu adunan dulu)
➡ dah blh kukus satu (pilih la nk adunan mana dulu)
kukus 5/6min

lps tu tuangkan adunan ke2 atas aduanan yg 1st td..

kukus lg 10/12min..
agak² la dh masak ke x

ok siap !

angkat & sejukkan
dlm peti ais lebih kurang 1jam

dh boleh makan 😉

selamat mencuba !

Friday, 13 January 2017

Terbaru Di Aunialya Boutique - Kurung Untuk Ibu Menyusu


Baju Kurung Esya nama di beri ,
Di reka bagi menggembirakan hati ibu-ibu
yang menyusukan bayi.

Bagi memudahkan ibu-ibu, tatkala
bayi menangis kehausan ,
Baju Kurung Esya di reka Mesra BreastFeed
iaitu mengunakan cara SELAK sahaja.

Ibu-ibu yang pernah atau sedang menyusukan bayi
pasti tahu kepayahan dalam bab menjaga supaya
aurat tedak terdedah tika proses penyusuan berlaku.

so kini ibu-ibu tak perlu risau
ESYA KURUNG  pasti menepati cita rasa ibu-ibu.

Bukan ibu-ibu saja tau.. anak dara .. atau yang tidak menyusukan juga
pasti selesa dengan KURUNG ESYA ini.

Jom kita skodeng
macam mana rupa KURUNG ESYA ni.


4 warna yang menarik 

Puprle LILAC
EMERAL GREEN
DARK PURPLE 
Dusty PINK


Belahan di bahagian dada 
dengan lapik di bahagian dalam 
bagi memudahkan 
proses penyusuan .



Berminat dengan KURUNG ESYA..

Whatsapp terus ke talian 
0126919898

-ummi-