Thursday, 29 December 2016

Tips : Betulkan Zip beg

ZIP ROSAKKK ?
JOM CUBA TIPS NI.. !


Bismillah

Tak lama lagi dah nak buka sekolah kan..
Persediaan persekolahan anak-anak mesti dah siap ye.

Baju, kasut, beg , buku ➡ semua dah beli .

ok.. ada tak beg sekolah tahun lepas yang ada masalah zip..?

Selalunya beg ok , cuma zip ternganga tak boleh tutupkan .. 
ok mummy semua , JANGAN BUANG dulu beg tu..
 cuba tips yang ummi share ni ye..
 insha allah boleh diguna semula beg sekolah lama tu.


BAHAN-BAHAN :

BEG 
LILIN 


Beg yang rosak (zip)


Sebatang LILIN 
(tak kisah la warna apa pun tapi seeloknya lilin putih )



CARA-CARA:

1. Ambil sebatang lilin 

2. Gosokkan lilin pada zip yang rosak 
di bahagian luar dan dalam tau.

3. Lakukan step no 2 berulang-ulang dengan 
perlahan-lahan (supaya semua bahagian 
zip terkena lilin)

4. Biarkan seketikan

5. Cuba tutupkan zip yang rosak tadi
dengan perlahan-lahan (buat dua tiga kali)

jika masih tidak boleh tutup
SILA ULANG STEP 
1 - 5 sekali lagi

Insha Allah 
pasti boleh .




Taraaaa...
Ni beg sekolah baby syasya yang 
nyaris ke tong sampah  hehe..

Tahun ni dapat la baby bergaya dengan 2 beg sekolah

NOTA :
Tips ni , suami ummi bagitau 
katanya uncle cina yang jual beg yang ajarkan..
 so.. mula-mula ummi cuba buat pada 
beg kerja ummi.. Alhamdulillah berjaya 
dan seterusnya ummi cuba pula pada beg sekolah anak ummi.. 
Alhamdulillah berjaya juga walaupun dua , tiga kali 
juga ulang step di atas tu.. 


SELAMAT  MENCUBA  !

- UMMI -

Sunday, 11 December 2016

OH ANAK ! mummy pun nak bergaya juga .


Bismillah ..

Ya.. allah anak mummy ni kejap-kejap nak menyusu.
Kadang kala tu , time keluar bershopping di tengah orang ramai .. time tu la
baby menangis nak nenen.

Haaa... biasa berlaku kan kejadian macam ni..!
Ye la.. anak tu kan kecik lagi mana la dia tahu nak pilih masa
bila yang sesuai baru nak minta nenen, apa yang dia tahu..
bila perut lapar dia pun merengek la.. kalau lambat dia kuat kan sikit
sound tu.. hahaha
kelam kabut mummy cari tempat yang sesuai ye.

Tapi Alhamdulillah dalam negara kita ni .. di sediakan ruangan khas untuk ibu-ibu
menyusu kan bayi, salin pamper dan lain-lain .MUDAH KAN..!

Tapiii... walaupun tempat dah di sediakan .. ada segelintir umat yang bergelar suami
kadang-kala keluar masuk juga ke dalam 'RUANGAN ' khas ibu-ibu tu, so mau mummy
tak segan nak selak baju sebarangan .

Nah..!!!

Inilah penting mummy-mummy kena bijak pilih baju di kala mummy masih dalam
tempoh menyusukan bayi , Jangan lah mummy nak cantik bergaya tapi abaikan
bab menyusukan bayi mummy pula ye.

Banyak baju di pasaran sekarang ni yang di reka khas untuk memudahkan\
mummy di saat menyusukan bayi .

Ada yang berzip
Ada yang butang
Ada juga yang selak

Mummy .. pilih aje . Rekaan untuk pakaian ibu menyusu ni pun cantik-cantik semuanya
contoh seperti Jubah Arissa , Rekaan zip keemasan di bahagian dada nampak ekslusif
sangat , malah Jubah Arissa bukan hanya boleh di pakai untuk ibu menyusukan anak  je,
Wanita yang tak menyusukan pun boleh ..


Tak susah pun nak bergaya sebenarnya..
Apa yang penting , mummy kena lah pandai pilih , design macam mana yang sesuai dengan
keadaan mummy ye.

So ummi harap, mummy semua dah dapat idea macam mana nak BERGAYA walaupun menyusukan
si kecik .

Selamat BERGAYA !


ikhlas :
ummi