Saturday, 12 November 2016

IDEA - mix & match JUBAH_ANGGUN



💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

TAK DE IDEA MACAM MANA NAK GAYAKAN 
JUBAH_ANGGUN ..?

JOM KITA SEGARKAN MINDA 
DENGAN WARNA-WARNA  MENARIK 
INI.


- ummi kebaya -






Jika uolss pengemar warna biru... 
Warna turquiose ini adalah salah satu 
antara kumpulan warna biru yang memang 
cantik dan menawan. 

Kebiasaan kita akan pilih kasut warna hitam ,
sebagai penyelamat fashion ..
tapi .. untuk kali ini ...
apa kata jika kita cuba gayakan 
kasut yang sedondon warnanya ..
lebih cantik jika warna kasut sedikit gelap .

Jika uolss muslimah yang bertudung... pilih la tudung yang bercorak 
untuk penyeri kepada JUBAH_ANGGUN yang plain .

Tas tangan juga memainkan peranan
dalam penyedap mata gaya .. 
Jangan tersalah pilih tas tangan .. kerana ia juga 
bakal menjadi kan gaya uolss  bercelaru.

Tips :
Jika uolss bertubuh agak berisi (gempal) 
jangan sesekali 
uolss pakai Tas tangan yang besar ..
alasan... senang sumbat segala barang anak !
oh.. tidak !
sila buang alasan uolss tu jika uolss
nak cantik.
Tas tangan Mahal atau murah bukan lah 
penyebab seri atau tidak penampilan kita 
tapi.. sesuai atau tidak ia dengan saiz badan kita
serta ke Majlis apa yang kita hadiri.. amat 
penting kita ambil kira ye .


ok la .. ummi tak mau 
sembang panjang-panjang 
uolss cuba dulu tips yang ini..

bai..bai..

"ANGGUN BERGAYA
          SOPAN DI MATA "

Friday, 4 November 2016

HILANG


Bismillah ..


Lama betul , ummi tak ber blogging .
Baru-baru ni.. Blog ummi yang lama tiba-tiba ghaib .. tk dapat di kesan .
Tak apa la .. ada menumpang begini lah.
Tuan tanah ada hak untuk buat apa saja.

Sedih ..?
Harus lah sedih, sebab blog tu dari tahun 2010 lagi.. dah lama..
dan dah macam-macam sharing ummi buat .

Tapi ummi tak kan mengalah, selagi terdaya, ummi akan terus berkongsi cerita.


Ok la untuk kali ni.. ummi tak nak panjang-panjang

Ni kira nak panaskan jari jemari je la .