ZIP ROSAKKK ?
JOM CUBA TIPS NI.. !
Bismillah
Tak lama lagi dah nak buka sekolah kan..
Persediaan persekolahan anak-anak mesti dah siap ye.
Persediaan persekolahan anak-anak mesti dah siap ye.
Baju, kasut, beg , buku ➡ semua dah beli .
ok.. ada tak beg sekolah tahun lepas yang ada masalah zip..?
Selalunya beg ok , cuma zip ternganga tak boleh tutupkan ..
ok mummy semua , JANGAN BUANG dulu beg tu..
cuba tips yang ummi share ni ye..
insha allah boleh diguna semula beg sekolah lama tu.
BAHAN-BAHAN :
BEG
LILIN
Beg yang rosak (zip)
Sebatang LILIN
(tak kisah la warna apa pun tapi seeloknya lilin putih )
CARA-CARA:
1. Ambil sebatang lilin
2. Gosokkan lilin pada zip yang rosak
di bahagian luar dan dalam tau.
3. Lakukan step no 2 berulang-ulang dengan
perlahan-lahan (supaya semua bahagian
zip terkena lilin)
4. Biarkan seketikan
5. Cuba tutupkan zip yang rosak tadi
dengan perlahan-lahan (buat dua tiga kali)
jika masih tidak boleh tutup
SILA ULANG STEP
1 - 5 sekali lagi
Insha Allah
pasti boleh .
Taraaaa...
Ni beg sekolah baby syasya yang
nyaris ke tong sampah hehe..
Tahun ni dapat la baby bergaya dengan 2 beg sekolah
NOTA :
Tips ni , suami ummi bagitau
katanya uncle cina yang jual beg yang ajarkan..
so.. mula-mula ummi cuba buat pada
beg kerja ummi.. Alhamdulillah berjaya
dan seterusnya ummi cuba pula pada beg sekolah anak ummi..
Alhamdulillah berjaya juga walaupun dua , tiga kali
juga ulang step di atas tu..
SELAMAT MENCUBA !
- UMMI -